CERITA SAF SOLAT

5:35 PM



hai semua.. kembali lagi kita ye..
bulan puasa ni, solat terawih merupakan satu ibadah sunat muakkad yang bermaksud sunat yang sangat dituntut.. kerana.. sepertimana yang kita tahu, hanya di bulan ramadhan kareem ni sahajalah ibadah solat sunat terawih ini boleh dilakukan dan kita lakukan nya secara berjemaah di surau2 mahupun di masjid.. Namun begitu, ade perkara yang lebih penting perlu diberi keutamaan dalam menunaikan solat secara berjemaah..


Walau bagaimanapun, naim pasti korang pasti biasa mendengar ayat diatas dibacakan oleh imam sebelum imam mengangkat takbir.. ya! ayat ini menerangkan bahawa meluruskan saf solat itu salah satu dari kesempurnaan solat...Namun begitu, bukan lah harus lurus sahaja, saf itu perlulah dirapatkan agar tiada ruang kosong antara saf tersebut...Sebelom ni, naim penah mendengar bahawa jika terdapat ruang kosong dalam barisan saf tersebut, tetapi orang di belakang tidak mahu memenuhkannya, maka barisan tersebut dan belakang2nya tidak sah solat mereka...(sila beri teguran kalo saya salah).. Mang sangat2 rasa terganggu bila solat berjemaah dimasjid bila ada segelintir jemaah tidak mahu merapatkan saf dan memenuhkan ruang kosong dihadapan.. Seharusnya mesti begitu.. Hope, korang2 ambil teguran ini.. agar sama2 kita mendapat ketenangan dalam melakukan solat berjemaah..

Okey.. ini cerita semalam...Di masjid tempat naim, kebiasaannya imam akan melakukan solat terawih sebanyak 20 rakaat.. tetapi semalam imam lain yang mengimamkan, beliau hanya melakukan 8 rakaat sahaja.. Tetapi ada info menarik yang diselitkan..Die menerangkan berkenaan Saf lelaki dan Saf perempuan..tak nak cakap ape.. korang renung2kan.. saf yang mana korang kejarkan.. apepun.. semoga entri ni memberi sedikit sebanyak ilmu buat kita amalkan bersama.. segala baik dan buruk itu datang daripada ALLAH bersandarkan pada diri saya yang lemah dan jahil ni..
wassalam...

You Might Also Like

2 Sweet Smile

KOMEN DI SINI