KIAMAT SUDAH DEKAT ?

9:35 PM



Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar...
Syukur kehadrat ALLAH S.W.T. atas segala nikmat yang masih DIA berikan kepada kita...Jadilah kita seorang hamba yang bersyukur atas segala nikmat yang diberi.. Janganlah sesekali kita leka akan semua nikmat yang telah diberikan kepada kita... Moga2 kita tergolong dalam kalangan hamba yang sentiasa bersyukur... 
In shaa ALLAH..



Orait berbalik kepada tajuk entri itu tadi.. Benarkah kiamat semakin hampir? Adakah tidak lama lagi Kiamat itu Akan berlaku?..Sebagai seorang islam, kita wajib beriman dengan rukun iman yang kelima iaitu Beriman dengan Hari Akhirat... Sebelum ini kecoh mengenai, turun nya salji di Mesir, Ikan2 naik ke daratan.. Apakah semua ini menunjukkan tanda2 Kiamat semakin hampir??..
Dan yang paling terbaru mengenai turun nya salji di indonesia dan Malaysia juga bakal mengalami proses yang sama... 


Apakah benar semua ini menunjukkan dunia sudah hampir kiamat? Sebenarnya, bila lahir nya Nabi Muhammad S.A.W. menunjukkan kiamat semakin dekat... Bagi pendapat aku sendiri, kita tak perlu la tanya betulkan kiamat semakin dekat? tapi tanyalah diri kita sendiri.. Cukup ke belum amalan kita untuk dibawa menghadap ALLAH azza wajalla...Seharusnye kita persiapkan diri kita.. Apa yang berlaku itu mungkin sebagai peringatan kerana kalau kita lihat dunia sekarang ni, manusia semakin jauh daripada agama... Semakin terpesong dari landasan sebenar... 



Tapi, Alhamdulillah.. kalau kita lihat anak-anak muda sekarang sudah mula kembali ke arah jalan yang benar... Seperti yang semua tau gelombang Ceramah Ustaz Azhar Idrus sentiasa penuh dengan kehadiran anak-anak muda... Pedulikan soal politik beliau.. ape yang penting sekarang, kita bawa kembali anak-anak muda untuk perjuangkan agama islam yang mana kalau kita lihat pada hari ini, orang kafir semakin berani menggangu gugat keharmonian agama islam.. termasuk juga mengenai COMANGO.. yang sangat bahaya jika semua tuntutan mereka itu dipenuhi.. sama2 kita perbanyakkan amalan kita.. sentiasa istighfar dan berselawat.. semoga ALLAH sentiasa bersama kita.. in shaa ALLAH..
sekian sahaja entri kali ni...
wassalamua'alaikum..

You Might Also Like

2 Sweet Smile

  1. Kiamat mmg sudah dekat. Tp bersedialah kita? Jika berkesempatan jemputlah jenguk ke blog saya doknganga.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. bila-bila je kiamat boleh berlaku. hmm. wallahualam.

    ReplyDelete

KOMEN DI SINI