Konvokesyen USM kali ke-51

11:19 PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera
setelah sekian lama blog naim menyepi sebab ketandusan idea dan sibuk dengan pelbagai kerja. Alhamdulillah, sekarang sudah masuk tahun 3 untuk pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Pejam celik, pejam celik dah masuk tahun 3. Begitu sekejap masa berlalu. Lagi sebulan lebih akan memasuki peperiksaan akhir untuk semester 5. Dan sesungguhnya subjek bagi semester kali ini lebih mencabar dan cukup memenatkan dengan assignment, project yang tak pernah lekang.. 

Jadi untuk post pertama setelah sekian lama ambil "MC", sekadar ingin berkongsi sikit pengalaman menjadi fotografer untuk majlis konvokesyen sahabat. Actually, niat untuk mencari duit melalui fotografer bukan la satu impian, tapi sekadar percubaan. Alhamdulilla, pengalaman yang naim dapat ketika shoot photo untuk majlis konvokesyen ni sangat berguna yang mana, every moment around you have a lot of meaning that you should to grab it. Tetapi sedikit sebanyak dapat menambahkan lagi skill yang dah berkarat ni dan menambahkan lagi pengetahuan dalam bidang ni. Apa pun sedikit gambar yang naim kongsikan.

p/s : Jika berminat boleh PM melalui facebook, bergantung pada terma dan syarat... Ngeh3x...








You Might Also Like

2 Sweet Smile

KOMEN DI SINI