Selamat petang buat semua yang sedang mengunjungi blog ini.. semoga korang semua sihat dan sentiasa dilimpahkan rahmat oleh ALLAH.. ALhamdulillah.. sudah cukup seminggu kita menjalani ibadah puasa... Semoga amalan kita diterima oleh ALLAH.. dan Ramadhan kali ini akan menjadi ramadhan yang membawa kite ke arah muslim dan mukmin yang lebih beriman dan beramal soleh..
In Shaa ALLAH...
So.. berbalik pada tajuk kita tadi.. Dalam bulan puasa ni, sudah semestinya bazar ramadhan menjadi pilihan buat semua umat islam untuk mencari juadah berbuka puasa... pelbagai jenis lauk pauk, kuih muih, dan air minuman dijual.. pelbagai jenis tawaran menarik turut ditawarakan untuk menarik minat pelanggan... So.. semestinya naim juga turut berkunjung sekali sekala mencari sesuatu yang baru..
Namun begitu, terdapat segelintir peniaga yang kurang jujur dalam menjual makanan mahupun minuman yang dijual...Kalo yang biasa ke bazar, pasti akan ada kedai2 yang kita dah biasa membeli akan pasti makanan yang kita beli terjamin, kebersihan dan juga sedap untuk dinikmati... Tetapi terdapat sesetengah peniaga yang kurang mengambil berat berkenaan soal ini.. Mereka menjual semula makanan yang tidak habis dijual pada tempoh hari..hal itu, membuatkan makanan itu sudah mula kurang enek dan kalo minuman pasti nya rasa dan bau sudah mula berubah...
Jadi.. kita sebagai pengguna seharusnya lebih berhati2 dalam memilih juadah yang ingin kita makan... paling penting, JANGAN MEMBAZIR... dalam membeli, jangan lah diikutkan sangat hawa nafsu kita..Yang penting, adalah ibadah yang ingin kita lakukan seterus nya selepas berbuka puasa.. semoga apa yang disampaikan ini memberi sedikit sebanyak peringatan buat kita bersama..
2 Sweet Smile
masak kt rumah terbaik :)
ReplyDeleteBetul tu. Nak berniaga kena jujur. Baru rezeki yang kita dapat tu halal. Tapi rasanya masak kat rumah lagi bagus kot. Kebersihan pun terjamin :)
ReplyDeleteKOMEN DI SINI