Sihir Perbuatan Dilaknat ALLAH

3:26 PM

salam jumaat...salam sayyidul ayyam..
ape khabar korang2 semua? sihat kah?... alhamdulillah.. semoga sahabat2 sekalian sentiasa diberikan kesihatan.. serta berada dibawah rahmat dan keredhaan ALLAH.. Jerebu kini semakin dalam keadaan bahaya.. buat sahabat2 yang berada di selatan semenanjung, jagalah kesihatan anda sebaik mungkin.. hanya doa dari kami mampu diberikan...

Alhamdulillah juga setelah sekian lama tak update blog.. hanya segmen dan giveaway yang menemani entri di blog yang tak seberapa ni.. dan aku juga telah selesai berjuang dalam peperiksaan akhir untuk semester 2.. dan berakhir sudah pengajian sebagai pelajar tahun 1 di USM...in shaa ALLAH.. bakal memasuki tahun 2 pada bulan 9 nanti... demi meneruskan pengajian aku...



Ku mulakan cerita kali ini dengan persoalan..
dalam duni serba moden dan canggih ini.. masih ada lagikah sihir ni? ade lagi ke orang gunakan santau? ilmu hitam dan sebagainya..
Apa2pun korang kene faham apa yang dimaksudkan dengan sihir..

"sihir adalah perbuatan dimana seseorang yang meminta bantuan daripada jin atau iblis untuk melakukan sesuatu kejahatan"

Sebagai seorang muslim, sihir ini merupakan salah satu perbuatan yang boleh membawa kepada syirik kepada ALLAH ataupun boleh dikatakan menyekutukan ALLAH.. Kalo kita boleh menyekutukan ALLAH yang Maha Berkuasa lagi Maha Pencipta, sudah semestinya balasan atau azab buat mereka yang melakukan perkara sebegini pasti diazab dengan pedih.. nauzubillahuminzalik..

keluarga aku sendiri pun pernah disihir orang.. macam perkara pelik berlaku kira2 dalam 10 tahun perkara tersebut berlaku.. hanya sabar dan ikhitar untuk mencari dan menyelesaikan masalah tersebut.. Harini, aku agak terkejut kerana seorang rakan kenalan Facebook ku yang telah kehilangan ibunya kerana ALLAH lebih menyayangi ibunya dan telah pun dijemput kembali ke rahmatullah..dan menurut rakanku itu segala nya dalah berpunca dari sihir buatan orang.. ALLAHUAKBAR... kenapa lah begitu kejam sekali manusia tersebut.. apakah die lupa akan kekuasaan ALLAH yang maha berkuasa.. ape2pun, minx sahabat sekalian mendoakan agar ibu beliau sentiasa dalam keadaan tenang dan bersama orang2 yang beriman... amin ya rabbal alamin..

Ingat, dalam apa jua yang berlaku kepada kita, hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya.. Hanya dia tempat meminta pertolongan..
sekian.. wassalamualaikum...


You Might Also Like

0 Sweet Smile

KOMEN DI SINI