Keindahan Landskap Ciptaan Tuhan

4:51 PM


hai sahabat sekalian... ehem3....
ade reader ke tak ni ea? tak pelah... whatsoever.....
so, hari ni tak tau nak update pasal ape sebenarnye.. sebab aku sendiri pun tengah cuba mencari mood untuk belajar.. al-maklumlah lagi dua minggu aku akan menduduki peperiksaan akhir bagi semester ke-enam aku dan aku masih punyai setahun lagi untuk menghabiskan pengajian ku di peringkat ijazah sarjana muda... haish... penat sebenarnye belajar ni... Sabar dan Tabah jela menghadapi ujian mendatang kelak...

So, ape yang ingin aku kongsikan berkenaan minat aku dalam dunia fotografi khususnya dalam genre Landskap.. Kenapa landskap??
begini ceritanya... aku jenis yang sangat suka melihat pemandangan yang menghijau mahupun membiru... setiap kali aku melihat pemandangan sebegini, aku dapat merasai akan kehebatan dan kekuasaan ALLAH S.W.T. itu amat lah besar sekali... tidak ada satu ciptaan manusia yang mampu menandingi kehebatan ciptaan ALLAH S.W.T...kalo kita dapat lihat, kepulan-kepulan awan dilangit seolah-olah sentiasa ingin memberikan mesej yang tersurat dan tersirat yang sukar untuk kita terjemahkan... 

Namun begitu, dalam genre ini sememang nya kita biasa melihat pemandangan landskap sesuatu kawasan melalui udara... dengan berkembangnya teknologi, manusia mampu mengambil gambdar dari udara tanpa kia perlu terbang ke udara... hanya dengan menggunakan kapal terbang berkipas empat atau lebih dikenali sebagai DRONE yang cukup terkenal pada masa kini sebagai salah satu teknik mengambil gambar atau panorama sesuatu landskap.. Dan sememang nye bende sebegini memerlukan perbelanjaan begitu besar... Jadi aku hanya mampu berharap agar satu hari nanti aku mampu memiliki sebuah drone yang akan aku gunakan untuk merakan gambar di setiap kawasan menarik yang akan aku lawati pada masa akan datang.. In Shaa ALLAH...
so.. setakat ini sahaja bebelan aku... sekian.. wassalam...








You Might Also Like

2 Sweet Smile

  1. Kecantikan alam sememangnya semula jadi. tak puas mata memandang..

    jom ke akukaudansesuatu.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. cantiknya keindahan alam semulajadi.. thanks sudi singgah ke blog saya.. done follow #889

    ReplyDelete

KOMEN DI SINI