Insidious 3 Seram atau Lawak?

2:55 PM

hai semua... Salam Sayyidul Ayyam...
apa khabar sahabat blogger sekalian? Semoga kalian semua sentiasa dibawah rahmat dan diberkati oleh ALLAH S.W.T... Dan sama-sama kita doakan agar kita dipertemukan dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mana hanya dalam bulan tersebut terdapat hari satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan... 

So, berbalik kepada tajuk entri aku hari ni... Pasti ramai yang mengetahui berkenaan cerita seram yang dihasilkan oleh James Wan yang merupakan pengarah dalam Insidious ni yang sememang nye memberikan impak yang cukup mengejutkan dan menyeramkan. Pada tarikh 4 hari bulan 6 tahun 2015, Insidious : Chapter 3 telah pun mula ditayangkan, dan aku telah pun menonton filem tersebut pada malam tadi. Sememang nye filem seram hasil dari pengarah James Wan cukup mengejutkan. hahahaha... Dan buat pertama kali nya aku menonton filem hantu dan aku menjerit.... haha..
tapi bukan menjerti sebab takut, tetapi terkejut dengan kehadiran hantu tersebut serta kesan audio yang turut meningkatkan lagi kesan kejutan tersebut..



Insidious Chapter 3 kali ni agak berbeza sedikit dengan insidious sebelum ni, tetapi masih berkisah kan tentang tempat yang mereka panggil "The Further".. dan juga berkenaan kewujudan roh yang jahat yang datang dari kegelapan.. Jadi, aku taknak la cerita sinopsis citer ni.. nati, tak best plak korang nak pegi tengok kan.... Sama ada seram atau lawak? anda tentukan... Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ni..So, itu sahaja bebelan aku hari ni.. sekian..
wassalam alaikum

Heroin bagi filem insidious 3

Watak yang masih wujud dalam insidious 3




You Might Also Like

4 Sweet Smile

  1. nak juga tengok cerita ni... he he he....

    ReplyDelete
  2. tak berani nak tengok cerita seram ni haha maklumlah penakutt ><

    ReplyDelete
  3. Akak pun tak berani nk tgk cite seram sbb penakut skit.. huhu

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..hai2

    Saya menjual iphone,samsung,oppo,phone case,powerbank dan etc.
    jemput singgh blog saya

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    ig @nurnasuha96_

    whatsapp +60196117811

    ReplyDelete

KOMEN DI SINI