Penang Bridge Challenge 2015

10:36 AM

alhamdulillah...
semalam telah berlangsung nya Penang Bridge Challenge 2015 bersempena dengan Hari Sukan Negara 2015 yang mana buat pertama kalinya 10 hari bulan Oktober ditermeteraikan sebagai Hari Sukan Negara... So, bagi pendapat aku sendiri agak bagus untuk diwujudkan agar masyarakat Malaysia lebih prihatin dalam menjaga kesihatan tubuh badan dalam masa yang sama program seperti ini dapat mengeratkan lagi perpaduan antara kaum yang kita dapat lihat semakin hari semakin rapuh dek kerana wujudnya segelintir masyarakat yang sengaja mewujudkan api perkauman demi kepentingan politik masing...

Berbalik kepada Penang Bridge Challenge 2015, terdapat 6 kategori acara yang kita boleh sertai dan semua menarik untuk disertai.. dan setiap acara terdapat hadiah yang lumayan menanti pemenang.. semalam aku hanya sertai larian FunRun 10km yang memakan masa untuk aku habiskan selama 1 jam 45 minit... (lenggang kangkung jelah)... dan menarik sekali sebab pertama kali aku sertai program macam ni... disebabkan aktiviti pemanas badan yang kurang,... yeaaahhhh!!
balik dengan kaki jengket sebelah sebab terasa kesakitan yang amat sangat pada sendi kaki...(terkejut mungkin).. huhuhu.. ape pun, jom sama2 kita amalkan gaya hidup yang sihat...
sekian shaja entri harini...
wassalamualaikum...









You Might Also Like

2 Sweet Smile

  1. hai , ain datang singgah sini dan follow awak
    salam perkenalan :)

    ReplyDelete

KOMEN DI SINI