S.I.D.B. 26

5:45 AM

ehem..ehem..ehem... buang kahak dulu.. haktuih!!!
alhamdulillah.. eh.. bukan telan kahak ye.. hehehehehe.. 
selamat pagi... sobahul khoir... mulakan pagi dengan lafaz alhamdulillah kerana kita masih diberi pelung untuk hidup semula diatas muka bumi ALLAH ini setelah dimatikan seketika untuk kita menjadi khalifah di muka bumi ALLAH ini... Dan bersyukurlah dengan penuh syukur atas 2 nikmat yang terbesar iaitu nikmat
IMAN dan ISLAM yang masih ALLAH berikah.. alhamdulillah..

In Shaa ALLAH.. pada pagi yang penuh berkat dan rahmat ini naim ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang tak seberapa ini...
berkenaan dengan SOLAT... 

SOLAT ada lima waktu iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak... SOLAT itu tiang agama.. Maka kalo mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja, nauzubillahu minzalik.. Pelbagai kelebihan dalam solat menurut sains dan alquran telah ditemui... Solat merupakan rukun islam yang pertama.. Ketahuilah sahabat2 sekalian akan di hari kiamat nanti, perkara pertama yang akan disoal oleh ALLAH S.W.T. adalah tentang solat kita.. Jadi naim ingin memberikan sedikit ilmu berkenaan dengan hukum meninggalkan solat lima waktu ini.. mudah-mudahan kita mampu merubah kearah lebih baek.. kearah mukmin dan mukminat yang soleh  dan solehah in shaa ALLAH.. moga2 apa yang naim peringatkan dapat  sedikit sebanyak memberi kita pedoman.. In Shaa ALLAH..

Enam seksa semasa hidup di dunia:

1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.

2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.
3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.
4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.
5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.
Tiga seksa tatkala hendak mati:

1. Dia mati dalam kehinaan.

2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Mati dalam keadaan yang sangat haussehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini,
    dia tetap merasa tidak puas
Tiga seksa ketika di alam kubur:
1. Disempitkan kuburnya.
2. Dinyalakan apidi mana dia akan membalik-balikkan dirinya didalam bara api itu.
3. Allah mngerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat itu, yang mana dinamakan ular itu 'SHAJKUL
    AKRAKdan ular itu akan berkataSesungguhnya aku telah urdisuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dariSubuh
    hingga ke Zuhurdipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu ZuhurBegitulahseterusnya
    tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat.

Tiga seksa di hari kiamat:

1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka.

2. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.
3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terusdisumbatkan ke
    dalam nerakasebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Apa yang membawa kamu ke neraka?
    " Mereka menjawab, "Kami , tidak sembahyang."


sekian sahaja buat hari ini.. peringatan ini buat sahabat2 sekalian terutama diri saya sendiri moga2 kita menjadi insan yang bertaqwa kepada ALLAH.. mohon salah dan silap harap ditegur..
wassalamualaikum w.b.t..

You Might Also Like

0 Sweet Smile

KOMEN DI SINI