S.I.D.B. 25

1:10 PM




Cara melamar dalam Islam adalah banyak.Ianya tergantung pada situasi dan kondisi (fleksible). Ia telah berlaku sejak zaman Sayyiduna Rasulullah ﷺ sampai hari ini.
Di masa kini, sesuai dengan peredaran zaman,ada yang dipanggil UBM atau unit baitul muslim.Kebiasaannya  ada dalam sesebuah organisasi atau pertubuhan yang berasaskan Islam. Cuma dalam artikel ini tidak menyentuh kaedah ini kerana ianya telah makruf dan tujuan artikel ini hanyalah membawa pembaca mengetahui kaedah yang berlaku di zaman Rasulullah.
Kebanyakan warga emas  kebiasaannya hanya mengenal dan telah terbiasa dengan satu cara melamar tertentu sahaja, iaitu pihak lelaki bersama keluarganya mengajukan lamaran kepada keluarga si gadis yang ingin dilamar.

 Walaupun cara ini paling sopan dan terjaga, namun bukan bererti satu-satunya cara dalam Islam. Masih ada cara lain yang masyru’(menurut syarak) dan tetap sopan.




❀ ܓ1. Melamar melalui keluarga wanita❀ ܓ 
Cara ini paling umum. Rasulullah ﷺ menikahi Sayyidatina A’isyah dan Sayyidatina Hafsah dengan cara ini. Rasulullah ﷺ berjumpa dengan Sayyiduna Abu Bakar As Siddiq untuk melamar Sayyidatina A’isyah dan bertemu dengan Sayyiduna Umar Al Faruq untuk melamar Sayyidatina Hafsah. (Hadis riwayat bukhari)

❀ ܓ2. Melamar terus kepada wanita yang bersangkutan❀ ܓ  
Dalam situasi tertentu, membicarakan lamaran kepada wanita yang bersangkutan bukanlah suatu yang mengaibkan.
Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim, dari Subai’ah binti Harith, bekas isteri Sa’ad bin Kaulah dari Bani ‘Amir bin Luai yang merupakan Syuhada badar. Ketika berlakunya perang, Subai’ah sedang hamil. Setelah bersalin dan bersih dari nifas, ia bersiap siap berdandan untuk dilamar, lalu datanglah Abu As Sanabil bi Ba’kak melamarnya.
Kaedah ini sesuai ketika berada di tempat permusafiran atau tidak ada ahli keluarga dan sanak saudara. Disyariatkan cara seperti ini sungguh merupakan rahmat dan bukan suatu tindakan yang melulu.

❀ ܓ3. Ibu Bapa atau salah seorang ahli keluarga menjodohkan anak gadisnya atau adik perempuan/kakaknya dengan orang yang diredhai akhlak dan agamanya. ❀ ܓ  
Cara ini bukanlah suatu tradisi yang baru dalam kehidupan manusia. Tetapi mutakhir ini sudah ditinggalkan oleh masyarakat apabila golongan remaja dan muda belia sudah pandai mencari pasangan buat diri masing-masing seawall dibangku persekolahan.
Dalam Islam, kaedah ini adalah diantara cara yang efektif,sopan dan masyru’ dan lebih terjamin di zaman fitnah ini kerana orang tua biasanya lebih mengerti tentang manis pahit kehidupan sehingga membuatkan mereka kenal dan mahir dalam hal memilihkan pasangan yang secocok dan tepat buat anak mereka. Namun hal ini adalah positif sekiranya yang menjadi kayu ukur adalah akhlak dan agama. Adapun jika ianya berpandukan materialistik, maka kesannya sangat buruk.
DALIL:Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar:
Ketika selesai masa iddah Hafsah binti Umar bin Khattab, Isteri kepada Khanis bin Hudzafah as Sahmi, salah seorang sahabat Rasulullah yang wafat di Madinah,
 Umar bin Khattab berkata: “ Aku dating kepada Usman bin Affan untuk menawarkan Hafsah kepadanya.” Usman Menjawab: “ Akan aku lihat keadaanku.” Tidak lama kemudian Usman menemuiku dan berkata: “ Nampaknya hari ini aku tidak akan menikah.”
Umar berkata: “ Kemudian aku temui Abu Bakar dan aku berkata: “ Jika kamu mahu, aku nikahkan kamu dengan Hafsah puteriku.” Abu bakar diam dan tidak menjawab sama sekali kepadaku. Aku marah kepadanya seperti halnya kepada Usman bin Affan.
Tidak lama kemudian Rasulullah  melamarnya, lalu aku nikahkan dengan Beliau. Kemudian Abu Bakar menemuiku dan berkata: “ Apakah engkau marah padaku ketika aku tidak menjawab lamaranmu padaku?” Umar menjawab: “Ya.” Abu Bakar berkata: “ Sebenarnya tidak ada yang mencegahku, melainka aku telah mendengar bahawa Rasulullah  telah menyebut-nyebutnya (Hafsah binti Umar), dan aku tidak mahu membuka rahsia Rasulullah . Andaikan beliau meninggalkannya, maka aku menerimanya.” (Riwayat Al Bukhari)

❀ ܓ4. Melamar Wanita Melalui tokoh masyarakat. ❀ ܓ  
Cara yang mudah,ringkas dan terjaga yang boleh dilakukan seorang muslim adalah melamar melalui tokoh masyarakat seperti Ulama,Tuan guru pondok, Asatizah atau orang yang disegani. Ini kerana mereka adalah golongan yang dipercayai dan diyakini akhlak serta amanahnya.DALIL: 
Ketika Rasulullah ﷺ menjumpai seorang sahabat bernama ‘Ikaf yang mampu melaksanakan perkahwinan, segera beliau memerintahkan untuk menikah. Kemudian ‘Ikaf menjawab: “ Kahwinkanlah saya wahai rasulullah.” Rasulullah ﷺ menjawab: “ Aku kahwinkan kamu dengan Karimah binti Kultsum al Himyari.” (Hadis riwayat Ahmad)

❀ ܓ5. Tokoh masyarakat melamar untuk masyarakat❀ ܓ 
Tokoh masyarakat seperti yang disebutkan diatas bukan sahaja sebagai pemudah cara bagi para pemuda dalam urusan mereka. Bahkan mereka juga adakala mencarikan calon pasangan  atau melamarkan buat anggota masyarakat.
Ini kerana membantu dan mempermudah proses perkahwinan sesame muslim adalah suatu tindakan mulia dan luhur.DALIL: 
Dari Uqbah b Amir mengkhabarkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda kepada seorang lelaki,” Apakah kamu redha aku kahwinkan dengan fulanah? Lelaki itu menjawab: “Ya.” Dan Nabi bertanya kepada wanita itu: “Apakah kamu rela aku kahwinkan kamu dengan si fulan?” Ia menjawab: “Ya.” Maka dikahwinkanlah keduanya oleh Nabi . (Hadis riwayat Abu Daud)

❀ ܓ6. Wanita menawarkan diri kepada lelaki yang soleh. ❀ ܓ  
Kebiasaannya, masyarakat memandang wanita ini dengan pelbagai pandangan yang tidak baik. Mereka sering digelar dengan pelbagai gelar yang tidak sedap didengar seperti galak, gila jantan, gila menikah dan sebaginya yang meruntuhkan moral.

Sedangkan ia antara berlaku dizaman Rasulullah ﷺ dan ia dii’tiraf oleh baginda ﷺ akan keharusannya.

Dari Thabit al Bunani; ia berkata: “ Ketika aku bersama Anas,sedang ia bersama puterinya, Anas berkata: “ Telah dating seorang wanita kepada Rasulullah menawarkan diri kepadanya, ia berkata: “ Wahai Rasulullah , aku datang untuk menghibahkan diriku untukmu.” Maka puteri Anas berkata: “ Alangkah tidak malunya orang itu, oh alangkah hinanya!” Anas berkata: “ Dia lebih baik darimu. Dia menginginkan Nabi , maka ia menawarkan dirinya sendiri kepada baginda .” (Hadis riwayat al Bukhari)
Ibnu Hajar berkata: “ Salah satu kepandaian Imam al Bukhari ketika ia memahami keistimewaan (khususiyah) Rasulullah , di mana seorang wanita boleh menghibahkan dirinya kepada beliau tanpa mahar, Bukhari mengambil faedah dari hadis ini: bahawa seorang wanita diperbolehkan menawarkan dirinya kepada orang soleh.”

You Might Also Like

0 Sweet Smile