sahabat-sahabat yang dirahmati dan dimuliakan oleh ALLAH S.W.T...
Dalam setiap makhluk yang diciptakan oleh ALLAH S.W.T. pasti akan ada jantung = hati..
sememangnye jantung atau pun hati adalah organ yang amat-amat penting bagi setiap makhluk di dunia ini..
Segala perbuatan, sikap kita adalah berpunca dari hati.. Hati sentiasa menjadi tempat terbaik buat syaitan laknatullah mengganggu anak-anak adam a.s. untuk beribadat kepada SANG PENCIPTA..
Erm....Jadinya,.. jika hati manusia itu bersih, suci.. insyaALLAH..Segala nye baik pada dirinya..
Kisah Nabi Muhammad S.A.W. dibelah dadanya.. Dan hati baginda telah dibersihkan oleh para malaikat di setelah diperintahkan oleh ALLAH S.W.T...
"SESUNGGUHNYE PADA DIRI RASULULLAH ITU ADA AKHLAK TERPUJI"
FIRMAN ALLAH S.W.T DALAM KALAM-NYA YANG MULIA
" Sesungguhnya telah kami sediakan untuk penghuni neraka itu banyak jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tetapi mereka tidak mempergunakan untuk memahami ayat-ayat Allah, mempunyai mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat, menghayati tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengarkan ayat Allah. Mereka tidak ubahnya seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka orang-orang yang alpa".Al-A'raf:179
Jadi sahabat-sahabat sekalian.. marilah sama-sama kita membina hati yang baik.. Hati yang sentiasa akan takutkan ALLAH S.W.T. dalam kehidupan kita.. Memberi "makanan-makanan" yang baik buat hati kita.. Bukan sahaja dari segi jasmani.. Malahan.. Rohani.. itu adalah "makanan" yang palinhg penting bagi membentuk hati yang bersih dan suci.. Berdoa' la selalu agar kite sentiasa dijauhkan dari godaan syaitan laknatullah...
“Ketahuilah bahawa dengan mengingati ALLAh itu, hati akan menjadi tenang.” - AR RA'AD :28
" SESUNGGUHNYA AKAN BERGETARLAH HATI ORANG-ORANG YANG BERIMAN APABILA KALIMAH "ALLAH" DIUNGKAPKANKAN KERANA TAKUTKAN AKAN KEESAAN-NYA DAN KEKUASAAN-NYA"
0 Sweet Smile
KOMEN DI SINI