RASULULLAH BILA BERJALAN

11:18 PM




Sahabat-sahabat sekalian.. hari ni, naim nak share la ckit mengenai peribadi atau sifat-sifat yang terdapat pada diri manusia paling hebat dan merupakan kekasih ALLAH S.W.T.. iaitu 
NABI MUHAMMAD S.A.W...
kali ini, mari kita baca sedikit hadi-hadis yang menceritakan cara rasulullah berjalan..
semoga menjadi manfaat buat kita semua..
  • Nabi s.a.w. kita berjalan sangat aktif dan laju sampai para sahabat kena gigih kejar baginda. :)
    Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa:

    "Aku tidak pernah melihat seorang pun yang terlebih kacak daripada Rasulullah s.a.w. Cahaya dan seri wajahnya seolah-olah matahari itu sendiri memancar di mukanya. Dan aku tidak pernah seorang yang terlalu lasak berjalan selain baginda s.a.w. seolah-olah bumi bergulung untuknya. Jika pada satu masa baginda di sini, sebentar lagi akan kelihatan baginda di sana. Walaupun ada ketika baginda berjalan secara biasa, namun kami yang mengikuti baginda terpaksa melangkah dengan susah-payah (terpaksa berjalan dengan lebih lasak untuk bersamanya)"
  • Nabi Muhammad s.a.w. tidak jalan berlenggang seperti wanita. Baginda s.a.w. berjalan seolah-olah menuruni tempat tinggi. Sangat lasak dan energetic.
    Daripada riwayat Ibrahim ibn Muhammad:

    "Ali r.a. menerangkan bahawa apabila Rasulullah s.a.w. berjalan, baginda akan menjatuhkan langkahnya dengan mantap dan bertenaga."
    • Apabila berjalan, Nabi s.a.w. akan membiarkan para sahabatnya mendahului baginda s.a.w.
    :"...Apabila baginda (s.a.w.) berjalan di kalangan sahabat-sahabat, baginda s.a.w. tidak akan mendahului mereka."


  • Kenapa Rasulullah s.a.w. berjalan di belakang dan bukan hadapan sahabat, sedangkan baginda adalah ketua mereka?
    1. Nabi s.a.w. tidak berjalan di hadapan sahabat-sahabatnya disebabkan sifat tawaduk yang dimiliki baginda. Berjalan di hadapan orang lain adalah amalan orang angkuh dan ujub sebagai tanda kemuliaan, taraf dan maruah mereka.
  • 2. Nabi s.a.w. juga lebih gemar berjalan di belakang untuk memudahkan baginda membantu sahabat yang memerlukan pertolongan seperti keciciran barang.
  • 3. 'Allamah Baijuri mengatakan malaikat-malaikat sentiasa berjalan di belakang Rasulullah s.a.w., oleh itu baginda akan membiarkan sahabat berjalan di hadapan.
  • 4. Nabi s.a.w. seorang pembimbing yang pengasih. Apabila berada di belakang, baginda dapat melihat kesalahan dan kekurangan yang dilakukan oleh sahabat lalu membetulkannya.

hah kawan-kawan.. macam mana??
hebat tak rasulullah S.A.W. bila berjalan??

subhanallah...
jadinye.. kita kenalah berjalan dengan penuh semangat.. banyak manfaat sebenarnya bagi kita bila berjalan laju ni.. dari berjalan sahaja kita sudah mampu menilai peribadi seseorang... wallahua'lam...

You Might Also Like

0 Sweet Smile

KOMEN DI SINI