Officially Graduated

12:32 AM


Assalamualaikum w.b.t...
Ehem3... alamak setelah sekian lama tidak menulis di lamam blog ni... ya ALLAH, rindu jugak pada blog ni yang dulu nya hampir setiap hari menulis dalam blog ni... tapi nak buat macam mana terlalu banyak perkara baru dan menarik untuk dipelajari.. jadi nya masa untuk ber"blog" ni dah kian berkurang.. al-maklumlah internet masa die universiti dulu terlalu laju sampai terlupa akan blog ni...

Baik lah... berbalik pada tajuk entri kali ni that im officially graduated from USM as a Bachelor Degree of Eng. Chemical (Honors)... alhamdulillah.. Untuk melangkaui kos tough sebegini bukan lah satu perkara yang mudah ye... Bile kite sebut Engineering atau kejuruteraan orang akan menganggap bahawa ianya satu bidang yang mempunyai masa depan yang cerah sebagai kerjaya yang cukup professional.. of coz la kan kalo dah belajar pun tak semudah itu, harus lah menjamin masa depan yang cerah.. ye dak??? tapi aku tak bermaksud bahawa kos lain itu sesuatu yang mudah untuk dipelajari... ia bergantung pada kalian untuk menilai sejauh mana tahap kesukaran sesuatu kursus itu... Apa2 pun aku bakal mengikuti hari graduasi pada hujung bulan Oktober nati... walaupun aku sedar aku bukan lah pelajar cemerlang, namun aku mampu menempuhi kursus itu sehingga habis... tak tipu aku tak cemerlang seperti rakan-rakan lain yang mana kebanyakan nye telah berjaya mendapat kerja sebagai jurutera tetapi aku??? .... tapi aku tak salahkan sesiapa dalam hal ini... aku yakin pada rezeki ALLAH S.W.T yang kita tak tahu bila rezeki itu akan tiba... Cuma jangan sesekali mengalah atau berputus asa untuk terus mencari pekerjaan.. Dengan keadaan ekonomi sekarang yang kian meruncing, bukan mudah untuk mendapatkan pekerjaan.. Rata-rata syarikat mahukan mereka yang berpengalaman... Dan terus terang cakap aku redho andaikan aku bukan ditakdirkan dalam bidang kejuruteraan apa yang aku mahukan, aku memperolehi pekerjaan dan mampu untuk membahagiakan ibu bapa aku... dan juga segera ke alam perkahwinan.. Namun, persiapan haruslah cukup... jangan hanya pikir soal kahwin muda sahaja.. tetapi perancangan harus lah dirancang untuk hidup 10 tahun akan datang.. tidak cukup sekadar 2 atau 3 tahun sahaja...
Fuhhh!! banyak aku tulis... aku tak tahu korang paham atau pun tidak akan apa yang aku tulis... AKu berdoa rakan2 yang baru tamat pengajian semua nya dipermudahkan dalam urusan mencari dan mendapatkan pekerjaan... Jangan sekali-kali berputus asa... Nasihat ini juga buat diri dan hamba ALLAH yang kerdil ini.. 

Sekian..
wassalam


You Might Also Like

1 Sweet Smile

  1. happy graduation :) jd tak sabar nak graduation next year ble ramai senior nak grade da..

    ReplyDelete

KOMEN DI SINI