S.I.D.B.17

10:30 AM




16 FAKTA TENTANG BAYI BARU LAHIR YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU

- Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

- Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

- Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

- Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

- Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

- Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

- Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

- Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

- Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

- Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

- Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

- Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

- Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

- Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

- Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

- Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

You Might Also Like

0 Sweet Smile