
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar.
Jadi, mengapa berkahwin?
Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin.
Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain.
Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri.
Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang.
Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin.
Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.
Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.
Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian.
Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali.
Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening?
Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K.
Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.
Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki?
Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi.
Hantaran, majlis, belum baju, pelamin.
Tapi cuba fikir, perlu tidak?
Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.
Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada?
Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan.
Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.
Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding?
Fikir2kan lah sendiri...
“Seganlah. Nanti orang kata apa.”
“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”
Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama.
Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah.
Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500.
Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar?
Harga lampin pakai buang?
Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting?
Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah.
Pening!!
Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram.
Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu.
Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal.
Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri.
Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda.
Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta.
Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri.
Buat apa menyusahkan suami?
Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang.
Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda.
Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda.
Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa.
Berkahwinlah!
Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.
“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)
SUMBER : Bercinta selepas nikah

*hhhuuuuuuwwwwaaaa....

Mungkin aku bukan kawan yang baik, mungkin juga aku bukan sahabat yang memberimu kebahagiaan, Mungkin juga aku ini, hanya manusia yang merosakkan kebahagiaanmu, apa jua diri ini, ku memohon maaf atas segala salah dan silap selama kita bersahabat.. Hanya doa mampu kuberikan buat mu sahabat, agar dikau diberi kesejahteraan, kekuatan dan keberkatan dalam menempuh sebuah kehidupan baru ditempat yang asing bagimu.. KU bermohon agar dikau sentiasa dibawah lindungan rahmat dan kasih sayang ALLAH..
UNIC-kau kawan,sahabat dan teman Ketika mula bertemu Terasa bagai telah lama bersua Kau sambut hulur tanganku Bertegur sapa penuh mesra Masa terus berlalu Dan kita tetap seiringan berjalan Menempuh onak liku Lalui semua suka dan duka bersama Biarlah apapun rahsia Dan kelemahanmu tetap engkau temanku Riangnya saat kita ketawa Asyik senda dan bercerita Walau sesekali pandangan kita berbeza Andainya tetap serupa Adakalanya kita juga saling terluka Namun di akhirnya kita tetap bersama Dan kini dipisahkan dua benua Saling mengejar cita Tak pernah kulupakan Detik yang indah bersamamu temanku Kupasti suatu masa Engkau dan aku kan bertemu semula Kembali menjalinkan detik nan indah Untuk kenangan bersama
ikhlas dari :setiasmile (naim)
MR. and MRs. SOFIAN


Enam seksa semasa hidup di dunia:
1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.
2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.Tiga seksa tatkala hendak mati:
1. Dia mati dalam kehinaan.
2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini,dia tetap merasa tidak puasTiga seksa ketika di alam kubur:1. Disempitkan kuburnya.2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya didalam bara api itu.3. Allah mngerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat itu, yang mana dinamakan ular itu 'SHAJKULAKRAK' dan ular itu akan berkata, Sesungguhnya aku telah urdisuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dariSubuhhingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulahseterusnyatiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat.Tiga seksa di hari kiamat:
1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka.
2. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terusdisumbatkan kedalam nerakasebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Apa yang membawa kamu ke neraka?" Mereka menjawab, "Kami , tidak sembahyang."
wassalamualaikum w.b.t..

- Nabi s.a.w. kita berjalan sangat aktif dan laju sampai para sahabat kena gigih kejar baginda. :)
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa:
"Aku tidak pernah melihat seorang pun yang terlebih kacak daripada Rasulullah s.a.w. Cahaya dan seri wajahnya seolah-olah matahari itu sendiri memancar di mukanya. Dan aku tidak pernah seorang yang terlalu lasak berjalan selain baginda s.a.w. seolah-olah bumi bergulung untuknya. Jika pada satu masa baginda di sini, sebentar lagi akan kelihatan baginda di sana. Walaupun ada ketika baginda berjalan secara biasa, namun kami yang mengikuti baginda terpaksa melangkah dengan susah-payah (terpaksa berjalan dengan lebih lasak untuk bersamanya)" - Nabi Muhammad s.a.w. tidak jalan berlenggang seperti wanita. Baginda s.a.w. berjalan seolah-olah menuruni tempat tinggi. Sangat lasak dan energetic.
Daripada riwayat Ibrahim ibn Muhammad:
"Ali r.a. menerangkan bahawa apabila Rasulullah s.a.w. berjalan, baginda akan menjatuhkan langkahnya dengan mantap dan bertenaga." - :"...Apabila baginda (s.a.w.) berjalan di kalangan sahabat-sahabat, baginda s.a.w. tidak akan mendahului mereka."
- Apabila berjalan, Nabi s.a.w. akan membiarkan para sahabatnya mendahului baginda s.a.w.
- Kenapa Rasulullah s.a.w. berjalan di belakang dan bukan hadapan sahabat, sedangkan baginda adalah ketua mereka?
1. Nabi s.a.w. tidak berjalan di hadapan sahabat-sahabatnya disebabkan sifat tawaduk yang dimiliki baginda. Berjalan di hadapan orang lain adalah amalan orang angkuh dan ujub sebagai tanda kemuliaan, taraf dan maruah mereka. - 2. Nabi s.a.w. juga lebih gemar berjalan di belakang untuk memudahkan baginda membantu sahabat yang memerlukan pertolongan seperti keciciran barang.
- 3. 'Allamah Baijuri mengatakan malaikat-malaikat sentiasa berjalan di belakang Rasulullah s.a.w., oleh itu baginda akan membiarkan sahabat berjalan di hadapan.
- 4. Nabi s.a.w. seorang pembimbing yang pengasih. Apabila berada di belakang, baginda dapat melihat kesalahan dan kekurangan yang dilakukan oleh sahabat lalu membetulkannya.
hah kawan-kawan.. macam mana??
subhanallah...
jadinye.. kita kenalah berjalan dengan penuh semangat.. banyak manfaat sebenarnya bagi kita bila berjalan laju ni.. dari berjalan sahaja kita sudah mampu menilai peribadi seseorang... wallahua'lam...











.jpg)



.jpg)
