Alhamdulillah setelah tamat sahaja pengajian pada tahun 2016, semangat semakin membara dan berkobar-kobar untuk mendapatkan pekerjaan...Al-maklumlah, tak sabar nak beli rumah, beli kereta sendiri, dan semestinya ingin mendirikan rumah tangga bersama orang yang kita inginkan...Jadi bukan lah suatu perkara mudah untuk mendapatkan pekerjaan yang menjamin masa depan memandangkan ekonomi yang tidak menentu dan banyak syarikat mula mengurangkan bilangan pekerja demi menampung perbelanjaan syarikat yang kian hari tahap keuntungan yang kurang memberansangkan... Baik lah, jom kita cerita apa sebenarnya yang aku buat hampir setahun menunggu peluang pekerjaan tetap..
Setelah tamat sahaja peperiksaan akhir pada bulan enam tahun 2016, aku dah mula memohon kerja di laman web jobstreet, SPA, dan mana sahaja website yang boleh aku mohon kerja... Sememang nya tak mudah juga untuk dapat peluang untuk ditemuduga kerana keputusan pengajian aku yang tidak memberansangkan..Tapi, itu bukan alasan untuk aku patah semangat untuk terus memohon pekerjaan... Jadi, disebabkan tempat tinggal aku di manjung, Sapura Kencana HL merupakan antara syarikat yang besar jugak dimanjung dengan jumlah pekerja yang cukup ramai... Jadi aku memohon sebagai Helper disana dan telah bekerja selama sebulan sebab apa yang aku pandang bukan la gaji tu tapi aku nk rasa bekerja di tempat yang sangat2 mencabar.. Kawasan kerja yang berhabuk setiap masa, bunyi bising serta panas tu jangan cakap la... Baru kerja 3 jam, baju basah macam baru lepas mandi... Pergi keja awal pagi dan kadang balik pkul 9 malam sebab projek dah lewat daripada masa sepatutnya...Hanya sebulan sahaja aku kerja dan aku kembali menggangur....
Kemudian ada kawan ajak untuk sertai program under Human Resource Development Fund dalam Mastering Promotic Scada... Program ni bertujuan membantu pelajar yang baru bergraduasi mendapatkan pekerjaan dan sememang nya program ni cukup bagus sebabnya, training selama 15 hari dibayar elaun serta tempat tinggal disediakan.. Selain itu, akan diberi 3 bulan training mengikut bidang atau syarikat yang sudi ambil kita bekerja...Dan gaji yang ditawarkan untuk 3 bulan tersebut adalah gaji mengikut tahap pendidikan kita dan memang berbaloi... Cuma nya, kat program ni aku tak begitu yakin untuk terus bekerja disini, kerana aku bekerja dalam bidang mekanikal dan programming dan sememang nya jauh lari dari bidang sendiri... Tapi, alhamdulillah aku teruskan jugak... Sekitar 2 bulan lebih bekerja, aku ditawarkan untuk program Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) dibawah Khazanah Nasional Malaysia...Dan aku bersetuju untuk sertai program tersebut setelah keyakinan untuk peluang sambung kerja macam tak ada..
Jadi nya, pada 24 Februari 2017 aku mulakan langkah untuk sertai SL1M program ni dengan tawaran bekerja sebagai Contamination control engineer di Entegris Malaysia Sdn. Bhd.. Jadi nya, pada sebulan pertama adalah bulan untuk belajar segala segi perkara sebelum mula bekerja di Host company masing-masing... Pengalaman dia memang terbaik sebab penceramah yang hadir datang dengan latar belakang yang hebat serta segala perkongsian yang diberi cukup memberi inspirasi untuk mula bekerja... Kalo perhatikan orang mesti akan pandang lekeh pada mereka yang join SL1M sebab orang ingat yang join SL1M ni orang-orang yang keputusan kurang bagus.. Tapi salah sebenarnya, rata-rata yang sertai semua nya mempunyai keputusan yang sangat bagus dan pengalaman kerja sedikit sebanyak.. Tapi atas sebab tertentu, mereka sertai SL1M program ni... So, selepas cukup sebulan aku berpindah ke Kulim Hi-Tech Park sebab host company nya di KHTP... jadi, pada hari pertama jawatan aku telah bertukar kepada Manufacturing engineer sebab jawatan yang pada mula nya aku dapat telah diisi lebih awal kerana pihak yang menguruskan SL1M ni lambat memberi respon setelah pihak kilang meminta....Hujung bulan 3 aku mula bekerja sehingga akhir bulan 6... Walaupun tak begitu lama, tapi banyak benda aku belajar... Dari zero kepada ada la jugak sikit ilmu yang aku dapat.. dengan supervisor aku yang sangat-sangat supportive dan membantu... itu menjadi faktor aku suke kerja di Entegris ni... tapi aku buat keputusan untuk memohon pekerjaan lain memandangkan peluang untuk diberi peluang sambung amat tipis...Akhiranya, alhamdulillah... Aku sekarang bekerja di Panasonic Energy Malaysia... Kilang yang hanya bersebelahan sahaja dengan Entegris.... Cabaran nya pasti berbeza kerana dua budaya kerja yang berbeza... So... Maybe next posting pulak aku kongsikan budaya kerja tersebut... Sekian sahaja lah untuk kali ni... lama tak tulis, lenguh dah jari jemari ni... huhuhu..
Ehem3... alamak setelah sekian lama tidak menulis di lamam blog ni... ya ALLAH, rindu jugak pada blog ni yang dulu nya hampir setiap hari menulis dalam blog ni... tapi nak buat macam mana terlalu banyak perkara baru dan menarik untuk dipelajari.. jadi nya masa untuk ber"blog" ni dah kian berkurang.. al-maklumlah internet masa die universiti dulu terlalu laju sampai terlupa akan blog ni...
Baik lah... berbalik pada tajuk entri kali ni that im officially graduated from USM as a Bachelor Degree of Eng. Chemical (Honors)... alhamdulillah.. Untuk melangkaui kos tough sebegini bukan lah satu perkara yang mudah ye... Bile kite sebut Engineering atau kejuruteraan orang akan menganggap bahawa ianya satu bidang yang mempunyai masa depan yang cerah sebagai kerjaya yang cukup professional.. of coz la kan kalo dah belajar pun tak semudah itu, harus lah menjamin masa depan yang cerah.. ye dak??? tapi aku tak bermaksud bahawa kos lain itu sesuatu yang mudah untuk dipelajari... ia bergantung pada kalian untuk menilai sejauh mana tahap kesukaran sesuatu kursus itu... Apa2 pun aku bakal mengikuti hari graduasi pada hujung bulan Oktober nati... walaupun aku sedar aku bukan lah pelajar cemerlang, namun aku mampu menempuhi kursus itu sehingga habis... tak tipu aku tak cemerlang seperti rakan-rakan lain yang mana kebanyakan nye telah berjaya mendapat kerja sebagai jurutera tetapi aku??? .... tapi aku tak salahkan sesiapa dalam hal ini... aku yakin pada rezeki ALLAH S.W.T yang kita tak tahu bila rezeki itu akan tiba... Cuma jangan sesekali mengalah atau berputus asa untuk terus mencari pekerjaan.. Dengan keadaan ekonomi sekarang yang kian meruncing, bukan mudah untuk mendapatkan pekerjaan.. Rata-rata syarikat mahukan mereka yang berpengalaman... Dan terus terang cakap aku redho andaikan aku bukan ditakdirkan dalam bidang kejuruteraan apa yang aku mahukan, aku memperolehi pekerjaan dan mampu untuk membahagiakan ibu bapa aku... dan juga segera ke alam perkahwinan.. Namun, persiapan haruslah cukup... jangan hanya pikir soal kahwin muda sahaja.. tetapi perancangan harus lah dirancang untuk hidup 10 tahun akan datang.. tidak cukup sekadar 2 atau 3 tahun sahaja...
Fuhhh!! banyak aku tulis... aku tak tahu korang paham atau pun tidak akan apa yang aku tulis... AKu berdoa rakan2 yang baru tamat pengajian semua nya dipermudahkan dalam urusan mencari dan mendapatkan pekerjaan... Jangan sekali-kali berputus asa... Nasihat ini juga buat diri dan hamba ALLAH yang kerdil ini..
semalam telah berlangsung nya Penang Bridge Challenge 2015 bersempena dengan Hari Sukan Negara 2015 yang mana buat pertama kalinya 10 hari bulan Oktober ditermeteraikan sebagai Hari Sukan Negara... So, bagi pendapat aku sendiri agak bagus untuk diwujudkan agar masyarakat Malaysia lebih prihatin dalam menjaga kesihatan tubuh badan dalam masa yang sama program seperti ini dapat mengeratkan lagi perpaduan antara kaum yang kita dapat lihat semakin hari semakin rapuh dek kerana wujudnya segelintir masyarakat yang sengaja mewujudkan api perkauman demi kepentingan politik masing...
Berbalik kepada Penang Bridge Challenge 2015, terdapat 6 kategori acara yang kita boleh sertai dan semua menarik untuk disertai.. dan setiap acara terdapat hadiah yang lumayan menanti pemenang.. semalam aku hanya sertai larian FunRun 10km yang memakan masa untuk aku habiskan selama 1 jam 45 minit... (lenggang kangkung jelah)... dan menarik sekali sebab pertama kali aku sertai program macam ni... disebabkan aktiviti pemanas badan yang kurang,... yeaaahhhh!!
balik dengan kaki jengket sebelah sebab terasa kesakitan yang amat sangat pada sendi kaki...(terkejut mungkin).. huhuhu.. ape pun, jom sama2 kita amalkan gaya hidup yang sihat...
Alhamdulillah...syukur kepada ALLAH S.w.T. kerana masih lagi diberi kesempatan menikmati hidup didunia yang serba hebat dan penuh dengan pelbagai dugaan dan cabaran... Aku sekarang telah melangkah masuk ke tahun akhir bagi pengajian aku di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan kimia... begitu banyak pengalaman pahit dan manis sepanjang menjadi mahasiswa dan penuntut di universiti ini... terus terang ku katakan aku bukan lah seorang pelajar yang pandai... setiap sem pasti ada sahaja subjek yang akan menjunamkan POINTER ku ke benam dibawah tanah... tapi, tidak tahu kenapa aku tak penah rasa sedih akan keputusan peperiksaan aku yang begitu teruk.. bahkan semestinya aku tidak jugak gembira... namun, aku sentiasa muhasabah diri aku agar aku bisa bangkit walaupun seribu kali aku gagal, aku takkan sekali-kali mengalah akan ape yang aku usahakan... maybe terlalu banyak kesilapan yang aku lakukan tanpa aku sedari... apepun aku mengharapakan tahun akhir ini adalah tahun yang akan meninggalkan kenangan paling indah aku sepanjang aku di universiti... tak sabar nak abes kan pengajian ni... namun, ilmu ALLAH S.W.T. itu terlalu luas... jadi bukan setakat ini sahaja ilmu yang perlu dituntut... banyak lagi yang perlu dipelajari dan diteladani... In shaa ALLAH...
Sebanar nya, aku pun tak tau ape yang ingin aku bebelkan sekarang ini... tapi aku ini menceritakan kembali sebuah kisah tentang seorang gadis yang pernah aku suka dan cinta dengan sepenuh hati aku... Apapun aku mintak maap buat sesiapa yang pernah mengikuti kisah gadis ini yang hidup nye penuh dugaan dan cabaran... sehingga la suatu masa tuh, aku diberitahu bahawa gadis tersebut sudah pun dijemput Ilahi... Sungguh benar aku begitu sedih... akan tetapi... lama kelamaan aku seolah-olah dapat merasakan gadis tersebut masih hidup menurut kan cara si pemberitahu itu menghubungi dan menyampaikan pesanan kepada aku.. Kemudian, aku terdetik untuk bertanya tentang soal kematian gadis tersebut... dan ternyata FIRASAT aku BENAR bahawa gadis tersebut masih hidup... rupa nya selama ini perkara ini dirancang tanpa pengetahuan gadis tersebut.. dan sebenarnye telah banyak kali aku ditipu akan soal kematian gadis tersebut... namun begitu, aku tidak marah dan tidak kecewa sebab aku yakin benda tersebut dilakukan atas sebab tertentu... sejak itu aku mula tawar hati... dan mula menjauhkan diri... juga aku sendiri un tidak mampu lagi untuk memahami siapa gadis itu sebenanrnye... macam mana cara kehidupan dia sebenanr... dan aku lebih rela mengundur diri terlebih dahulu...
Alhamdulillah.. semalam ku melihat status Facebook beliau bahawa beliau telah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki yang aku sendiri tidak mengenali.. Apa pun, aku sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan gadis itu... Sebab aku sangat memahami penderitaan die selama perkenalan aku dengan gadis itu.. Dugaan.. cabaran... sakit... pahit ... pedih... segala nya aku ketahui... daripada seorang wanita yang terpesong aku cuba pimpin kau ke jalan yang lurus... Alhamdulillah... Sesungguhnya, Hidayah itu milik ALLAH S.w.T... dan ALLAH begitu menyangi mu kerana kau lah Bidadari Syurga itu.. Syukur walaupun perkenalan itu hanya seketika...
apa khabar sahabat blogger sekalian? Semoga kalian semua sentiasa dibawah rahmat dan diberkati oleh ALLAH S.W.T... Dan sama-sama kita doakan agar kita dipertemukan dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mana hanya dalam bulan tersebut terdapat hari satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan...
So, berbalik kepada tajuk entri aku hari ni... Pasti ramai yang mengetahui berkenaan cerita seram yang dihasilkan oleh James Wan yang merupakan pengarah dalam Insidious ni yang sememang nye memberikan impak yang cukup mengejutkan dan menyeramkan. Pada tarikh 4 hari bulan 6 tahun 2015, Insidious : Chapter 3 telah pun mula ditayangkan, dan aku telah pun menonton filem tersebut pada malam tadi. Sememang nye filem seram hasil dari pengarah James Wan cukup mengejutkan. hahahaha... Dan buat pertama kali nya aku menonton filem hantu dan aku menjerit.... haha..
tapi bukan menjerti sebab takut, tetapi terkejut dengan kehadiran hantu tersebut serta kesan audio yang turut meningkatkan lagi kesan kejutan tersebut..
Insidious Chapter 3 kali ni agak berbeza sedikit dengan insidious sebelum ni, tetapi masih berkisah kan tentang tempat yang mereka panggil "The Further".. dan juga berkenaan kewujudan roh yang jahat yang datang dari kegelapan.. Jadi, aku taknak la cerita sinopsis citer ni.. nati, tak best plak korang nak pegi tengok kan.... Sama ada seram atau lawak? anda tentukan... Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ni..So, itu sahaja bebelan aku hari ni.. sekian..
ade reader ke tak ni ea? tak pelah... whatsoever.....
so, hari ni tak tau nak update pasal ape sebenarnye.. sebab aku sendiri pun tengah cuba mencari mood untuk belajar.. al-maklumlah lagi dua minggu aku akan menduduki peperiksaan akhir bagi semester ke-enam aku dan aku masih punyai setahun lagi untuk menghabiskan pengajian ku di peringkat ijazah sarjana muda... haish... penat sebenarnye belajar ni... Sabar dan Tabah jela menghadapi ujian mendatang kelak...
So, ape yang ingin aku kongsikan berkenaan minat aku dalam dunia fotografi khususnya dalam genre Landskap.. Kenapa landskap??
begini ceritanya... aku jenis yang sangat suka melihat pemandangan yang menghijau mahupun membiru... setiap kali aku melihat pemandangan sebegini, aku dapat merasai akan kehebatan dan kekuasaan ALLAH S.W.T. itu amat lah besar sekali... tidak ada satu ciptaan manusia yang mampu menandingi kehebatan ciptaan ALLAH S.W.T...kalo kita dapat lihat, kepulan-kepulan awan dilangit seolah-olah sentiasa ingin memberikan mesej yang tersurat dan tersirat yang sukar untuk kita terjemahkan...
Namun begitu, dalam genre ini sememang nya kita biasa melihat pemandangan landskap sesuatu kawasan melalui udara... dengan berkembangnya teknologi, manusia mampu mengambil gambdar dari udara tanpa kia perlu terbang ke udara... hanya dengan menggunakan kapal terbang berkipas empat atau lebih dikenali sebagai DRONE yang cukup terkenal pada masa kini sebagai salah satu teknik mengambil gambar atau panorama sesuatu landskap.. Dan sememang nye bende sebegini memerlukan perbelanjaan begitu besar... Jadi aku hanya mampu berharap agar satu hari nanti aku mampu memiliki sebuah drone yang akan aku gunakan untuk merakan gambar di setiap kawasan menarik yang akan aku lawati pada masa akan datang.. In Shaa ALLAH...
so.. setakat ini sahaja bebelan aku... sekian.. wassalam...
Pembuka bicara setelah hampir berbulan tidak meng-update blog..kini baru terasa ingin berkongsi sedikit gambar ketika aku dan sahabat melancong ke Pulau Langkawi selama 3 hari 2 malam...sebenarnya, aku pun tak tau apa yang ingin aku kongsikan, memandangkan setelah sekian lama tidak menulis di ruangan ini... segala kekhilafan, harap di maafkan.. OK!, berbalik kepada story aku tadi, cukup menarik bagi aku walaupun, baru kali ke 4 aku menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi yang cukup sinonim dengan "FREE TAX ISLAND"... because of that, mostly orang akan menempah kepada kita yang pergi ni untuk beli coklat ataupun pinggan mangkuk yang aku rasa agak murah berbanding harga luar daripada Pulau Langkawi... So, pengalaman ini akan aku abadikan sampai bila-bila... Aku un tak lama lagi bakal menduduki peperiksaan akhir bagi semester 6, dan masih ada lagi setahun untuk habiskan pengajian ini... Semoga ALLAH S.W.T. sentiasa memberikan kekuatan... Dan In shaa ALLAH, mengharapkan perubahan diri ke arah yang lebih baik menjelang ramadhan al-mubarak yang bakal tiba tidak lama lagi... Sekian.. wassalam...
setelah sekian lama blog naim menyepi sebab ketandusan idea dan sibuk dengan pelbagai kerja. Alhamdulillah, sekarang sudah masuk tahun 3 untuk pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Pejam celik, pejam celik dah masuk tahun 3. Begitu sekejap masa berlalu. Lagi sebulan lebih akan memasuki peperiksaan akhir untuk semester 5. Dan sesungguhnya subjek bagi semester kali ini lebih mencabar dan cukup memenatkan dengan assignment, project yang tak pernah lekang..
Jadi untuk post pertama setelah sekian lama ambil "MC", sekadar ingin berkongsi sikit pengalaman menjadi fotografer untuk majlis konvokesyen sahabat. Actually, niat untuk mencari duit melalui fotografer bukan la satu impian, tapi sekadar percubaan. Alhamdulilla, pengalaman yang naim dapat ketika shoot photo untuk majlis konvokesyen ni sangat berguna yang mana, every moment around you have a lot of meaning that you should to grab it. Tetapi sedikit sebanyak dapat menambahkan lagi skill yang dah berkarat ni dan menambahkan lagi pengetahuan dalam bidang ni. Apa pun sedikit gambar yang naim kongsikan.
p/s : Jika berminat boleh PM melalui facebook, bergantung pada terma dan syarat... Ngeh3x...
setelah sekian lama menyepi.. dan rasanya dah nak dekat 10 bulan aku meninggalkan blog ni.. jadi terbengkalai sahaja.. So.. di kesempatan kite yang masih berada di bulan Syawal ini..
aku nak ucapakan SELAMAT HARI RAYA MAAP ZAHIR DAN BATIN sepanjang perkenalan sahabat-sahabat sekalian.. Dan aku nak ucapkan tahniah juga buat mana2 sahabat yang telah berjaya ditawarkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.. bagi yang kurang bernasib baib, jangan bersedih.. ape2pun, berdoalah kepada ALLAH S.W.T. agar diberi tempat yang lebih baik..
So, untuk post kali ni yang dah lama tinggal ni..
sekadar ingnin berkongsi gambar2 dalam Drifting show yang diadakan di bawah Jambatan Permaisuri Bainun di Segari...kawasan ini sentiasa menjadi tarikan penduduk di daerah manjung kerana setiap hujung minggu (kalo tak silap) akan diadakan drift show disini.. jadi.. anda dapat menyaksikan abam2 hebat ini membuat drift secara percuma.. tanpa perlu membeli sebarang tiket... but, pastikan anda membawa penutup muka kerana berkemungkinan besar, anda akan di hujani habuk2 yang agak kuat.. hehehe.. btw, hope enjoy all of this photo... was taken by me.. any comment is allow.. and i really appreciate it for me to improve my photography skills.. thanx a lot for reading..