Pembuka bicara setelah hampir berbulan tidak meng-update blog..kini baru terasa ingin berkongsi sedikit gambar ketika aku dan sahabat melancong ke Pulau Langkawi selama 3 hari 2 malam...sebenarnya, aku pun tak tau apa yang ingin aku kongsikan, memandangkan setelah sekian lama tidak menulis di ruangan ini... segala kekhilafan, harap di maafkan.. OK!, berbalik kepada story aku tadi, cukup menarik bagi aku walaupun, baru kali ke 4 aku menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi yang cukup sinonim dengan "FREE TAX ISLAND"... because of that, mostly orang akan menempah kepada kita yang pergi ni untuk beli coklat ataupun pinggan mangkuk yang aku rasa agak murah berbanding harga luar daripada Pulau Langkawi... So, pengalaman ini akan aku abadikan sampai bila-bila... Aku un tak lama lagi bakal menduduki peperiksaan akhir bagi semester 6, dan masih ada lagi setahun untuk habiskan pengajian ini... Semoga ALLAH S.W.T. sentiasa memberikan kekuatan... Dan In shaa ALLAH, mengharapkan perubahan diri ke arah yang lebih baik menjelang ramadhan al-mubarak yang bakal tiba tidak lama lagi... Sekian.. wassalam...
setelah sekian lama blog naim menyepi sebab ketandusan idea dan sibuk dengan pelbagai kerja. Alhamdulillah, sekarang sudah masuk tahun 3 untuk pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Pejam celik, pejam celik dah masuk tahun 3. Begitu sekejap masa berlalu. Lagi sebulan lebih akan memasuki peperiksaan akhir untuk semester 5. Dan sesungguhnya subjek bagi semester kali ini lebih mencabar dan cukup memenatkan dengan assignment, project yang tak pernah lekang..
Jadi untuk post pertama setelah sekian lama ambil "MC", sekadar ingin berkongsi sikit pengalaman menjadi fotografer untuk majlis konvokesyen sahabat. Actually, niat untuk mencari duit melalui fotografer bukan la satu impian, tapi sekadar percubaan. Alhamdulilla, pengalaman yang naim dapat ketika shoot photo untuk majlis konvokesyen ni sangat berguna yang mana, every moment around you have a lot of meaning that you should to grab it. Tetapi sedikit sebanyak dapat menambahkan lagi skill yang dah berkarat ni dan menambahkan lagi pengetahuan dalam bidang ni. Apa pun sedikit gambar yang naim kongsikan.
p/s : Jika berminat boleh PM melalui facebook, bergantung pada terma dan syarat... Ngeh3x...
setelah sekian lama menyepi.. dan rasanya dah nak dekat 10 bulan aku meninggalkan blog ni.. jadi terbengkalai sahaja.. So.. di kesempatan kite yang masih berada di bulan Syawal ini..
aku nak ucapakan SELAMAT HARI RAYA MAAP ZAHIR DAN BATIN sepanjang perkenalan sahabat-sahabat sekalian.. Dan aku nak ucapkan tahniah juga buat mana2 sahabat yang telah berjaya ditawarkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.. bagi yang kurang bernasib baib, jangan bersedih.. ape2pun, berdoalah kepada ALLAH S.W.T. agar diberi tempat yang lebih baik..
So, untuk post kali ni yang dah lama tinggal ni..
sekadar ingnin berkongsi gambar2 dalam Drifting show yang diadakan di bawah Jambatan Permaisuri Bainun di Segari...kawasan ini sentiasa menjadi tarikan penduduk di daerah manjung kerana setiap hujung minggu (kalo tak silap) akan diadakan drift show disini.. jadi.. anda dapat menyaksikan abam2 hebat ini membuat drift secara percuma.. tanpa perlu membeli sebarang tiket... but, pastikan anda membawa penutup muka kerana berkemungkinan besar, anda akan di hujani habuk2 yang agak kuat.. hehehe.. btw, hope enjoy all of this photo... was taken by me.. any comment is allow.. and i really appreciate it for me to improve my photography skills.. thanx a lot for reading..