Alhamdulillah setelah tamat sahaja pengajian pada tahun 2016, semangat semakin membara dan berkobar-kobar untuk mendapatkan pekerjaan...Al-maklumlah, tak sabar nak beli rumah, beli kereta sendiri, dan semestinya ingin mendirikan rumah tangga bersama orang yang kita inginkan...Jadi bukan lah suatu perkara mudah untuk mendapatkan pekerjaan yang menjamin masa depan memandangkan ekonomi yang tidak menentu dan banyak syarikat mula mengurangkan bilangan pekerja demi menampung perbelanjaan syarikat yang kian hari tahap keuntungan yang kurang memberansangkan... Baik lah, jom kita cerita apa sebenarnya yang aku buat hampir setahun menunggu peluang pekerjaan tetap..
Setelah tamat sahaja peperiksaan akhir pada bulan enam tahun 2016, aku dah mula memohon kerja di laman web jobstreet, SPA, dan mana sahaja website yang boleh aku mohon kerja... Sememang nya tak mudah juga untuk dapat peluang untuk ditemuduga kerana keputusan pengajian aku yang tidak memberansangkan..Tapi, itu bukan alasan untuk aku patah semangat untuk terus memohon pekerjaan... Jadi, disebabkan tempat tinggal aku di manjung, Sapura Kencana HL merupakan antara syarikat yang besar jugak dimanjung dengan jumlah pekerja yang cukup ramai... Jadi aku memohon sebagai Helper disana dan telah bekerja selama sebulan sebab apa yang aku pandang bukan la gaji tu tapi aku nk rasa bekerja di tempat yang sangat2 mencabar.. Kawasan kerja yang berhabuk setiap masa, bunyi bising serta panas tu jangan cakap la... Baru kerja 3 jam, baju basah macam baru lepas mandi... Pergi keja awal pagi dan kadang balik pkul 9 malam sebab projek dah lewat daripada masa sepatutnya...Hanya sebulan sahaja aku kerja dan aku kembali menggangur....
Kemudian ada kawan ajak untuk sertai program under Human Resource Development Fund dalam Mastering Promotic Scada... Program ni bertujuan membantu pelajar yang baru bergraduasi mendapatkan pekerjaan dan sememang nya program ni cukup bagus sebabnya, training selama 15 hari dibayar elaun serta tempat tinggal disediakan.. Selain itu, akan diberi 3 bulan training mengikut bidang atau syarikat yang sudi ambil kita bekerja...Dan gaji yang ditawarkan untuk 3 bulan tersebut adalah gaji mengikut tahap pendidikan kita dan memang berbaloi... Cuma nya, kat program ni aku tak begitu yakin untuk terus bekerja disini, kerana aku bekerja dalam bidang mekanikal dan programming dan sememang nya jauh lari dari bidang sendiri... Tapi, alhamdulillah aku teruskan jugak... Sekitar 2 bulan lebih bekerja, aku ditawarkan untuk program Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) dibawah Khazanah Nasional Malaysia...Dan aku bersetuju untuk sertai program tersebut setelah keyakinan untuk peluang sambung kerja macam tak ada..
Jadi nya, pada 24 Februari 2017 aku mulakan langkah untuk sertai SL1M program ni dengan tawaran bekerja sebagai Contamination control engineer di Entegris Malaysia Sdn. Bhd.. Jadi nya, pada sebulan pertama adalah bulan untuk belajar segala segi perkara sebelum mula bekerja di Host company masing-masing... Pengalaman dia memang terbaik sebab penceramah yang hadir datang dengan latar belakang yang hebat serta segala perkongsian yang diberi cukup memberi inspirasi untuk mula bekerja... Kalo perhatikan orang mesti akan pandang lekeh pada mereka yang join SL1M sebab orang ingat yang join SL1M ni orang-orang yang keputusan kurang bagus.. Tapi salah sebenarnya, rata-rata yang sertai semua nya mempunyai keputusan yang sangat bagus dan pengalaman kerja sedikit sebanyak.. Tapi atas sebab tertentu, mereka sertai SL1M program ni... So, selepas cukup sebulan aku berpindah ke Kulim Hi-Tech Park sebab host company nya di KHTP... jadi, pada hari pertama jawatan aku telah bertukar kepada Manufacturing engineer sebab jawatan yang pada mula nya aku dapat telah diisi lebih awal kerana pihak yang menguruskan SL1M ni lambat memberi respon setelah pihak kilang meminta....Hujung bulan 3 aku mula bekerja sehingga akhir bulan 6... Walaupun tak begitu lama, tapi banyak benda aku belajar... Dari zero kepada ada la jugak sikit ilmu yang aku dapat.. dengan supervisor aku yang sangat-sangat supportive dan membantu... itu menjadi faktor aku suke kerja di Entegris ni... tapi aku buat keputusan untuk memohon pekerjaan lain memandangkan peluang untuk diberi peluang sambung amat tipis...Akhiranya, alhamdulillah... Aku sekarang bekerja di Panasonic Energy Malaysia... Kilang yang hanya bersebelahan sahaja dengan Entegris.... Cabaran nya pasti berbeza kerana dua budaya kerja yang berbeza... So... Maybe next posting pulak aku kongsikan budaya kerja tersebut... Sekian sahaja lah untuk kali ni... lama tak tulis, lenguh dah jari jemari ni... huhuhu..
Ehem3... alamak setelah sekian lama tidak menulis di lamam blog ni... ya ALLAH, rindu jugak pada blog ni yang dulu nya hampir setiap hari menulis dalam blog ni... tapi nak buat macam mana terlalu banyak perkara baru dan menarik untuk dipelajari.. jadi nya masa untuk ber"blog" ni dah kian berkurang.. al-maklumlah internet masa die universiti dulu terlalu laju sampai terlupa akan blog ni...
Baik lah... berbalik pada tajuk entri kali ni that im officially graduated from USM as a Bachelor Degree of Eng. Chemical (Honors)... alhamdulillah.. Untuk melangkaui kos tough sebegini bukan lah satu perkara yang mudah ye... Bile kite sebut Engineering atau kejuruteraan orang akan menganggap bahawa ianya satu bidang yang mempunyai masa depan yang cerah sebagai kerjaya yang cukup professional.. of coz la kan kalo dah belajar pun tak semudah itu, harus lah menjamin masa depan yang cerah.. ye dak??? tapi aku tak bermaksud bahawa kos lain itu sesuatu yang mudah untuk dipelajari... ia bergantung pada kalian untuk menilai sejauh mana tahap kesukaran sesuatu kursus itu... Apa2 pun aku bakal mengikuti hari graduasi pada hujung bulan Oktober nati... walaupun aku sedar aku bukan lah pelajar cemerlang, namun aku mampu menempuhi kursus itu sehingga habis... tak tipu aku tak cemerlang seperti rakan-rakan lain yang mana kebanyakan nye telah berjaya mendapat kerja sebagai jurutera tetapi aku??? .... tapi aku tak salahkan sesiapa dalam hal ini... aku yakin pada rezeki ALLAH S.W.T yang kita tak tahu bila rezeki itu akan tiba... Cuma jangan sesekali mengalah atau berputus asa untuk terus mencari pekerjaan.. Dengan keadaan ekonomi sekarang yang kian meruncing, bukan mudah untuk mendapatkan pekerjaan.. Rata-rata syarikat mahukan mereka yang berpengalaman... Dan terus terang cakap aku redho andaikan aku bukan ditakdirkan dalam bidang kejuruteraan apa yang aku mahukan, aku memperolehi pekerjaan dan mampu untuk membahagiakan ibu bapa aku... dan juga segera ke alam perkahwinan.. Namun, persiapan haruslah cukup... jangan hanya pikir soal kahwin muda sahaja.. tetapi perancangan harus lah dirancang untuk hidup 10 tahun akan datang.. tidak cukup sekadar 2 atau 3 tahun sahaja...
Fuhhh!! banyak aku tulis... aku tak tahu korang paham atau pun tidak akan apa yang aku tulis... AKu berdoa rakan2 yang baru tamat pengajian semua nya dipermudahkan dalam urusan mencari dan mendapatkan pekerjaan... Jangan sekali-kali berputus asa... Nasihat ini juga buat diri dan hamba ALLAH yang kerdil ini..
semalam telah berlangsung nya Penang Bridge Challenge 2015 bersempena dengan Hari Sukan Negara 2015 yang mana buat pertama kalinya 10 hari bulan Oktober ditermeteraikan sebagai Hari Sukan Negara... So, bagi pendapat aku sendiri agak bagus untuk diwujudkan agar masyarakat Malaysia lebih prihatin dalam menjaga kesihatan tubuh badan dalam masa yang sama program seperti ini dapat mengeratkan lagi perpaduan antara kaum yang kita dapat lihat semakin hari semakin rapuh dek kerana wujudnya segelintir masyarakat yang sengaja mewujudkan api perkauman demi kepentingan politik masing...
Berbalik kepada Penang Bridge Challenge 2015, terdapat 6 kategori acara yang kita boleh sertai dan semua menarik untuk disertai.. dan setiap acara terdapat hadiah yang lumayan menanti pemenang.. semalam aku hanya sertai larian FunRun 10km yang memakan masa untuk aku habiskan selama 1 jam 45 minit... (lenggang kangkung jelah)... dan menarik sekali sebab pertama kali aku sertai program macam ni... disebabkan aktiviti pemanas badan yang kurang,... yeaaahhhh!!
balik dengan kaki jengket sebelah sebab terasa kesakitan yang amat sangat pada sendi kaki...(terkejut mungkin).. huhuhu.. ape pun, jom sama2 kita amalkan gaya hidup yang sihat...